:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Monday, May 18, 2009

di syurga, orang berdosa bertanda " BN " di dahi?

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Assalamualaikum...wbk

Ingin saya kongsi satu cerita..

Minggu lepas saya berkesempatan ikuti kuliyah Maghrib di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi. Seorang Ustaz dari Kelantan bagi kuliah. Lucu tapi masih dalam unsur-unsur menggerunkan hati.

Saya petik beberapa cerita yang disampaikan usta itu dalam membahaskan sifat Ar-Rahim Allah SWT.

" Antara sifat Ar-Rahim Allah adalah memberi jaminan bahawa setiap Muslim akan masuk syurga selagi dia tidak syirik atau Murtad.

Wlaubagaimanapun, muslim yang berdosa perlu dahulu menjalani hukuman. Tidak terlepas dari Neraka Allah." Bla...bala.. bla... (panjang huraiannya namun saya pendekkan)

Lucunya pada situasi ini...

" Orang Islam yang telah menjalani hukuman Neraka, ada antara mereka jadi arang, malah jadi abu. Kemudiannya Allah hidupkan mereka kembali dengan mencelupkan mereka dalam laut penghidupan lalu dibawa masuklah ke syurga bersama orang orang yang beriman yang lain."

"Tetapi, terdapat tanda pada mereka yang membezakan bahawa mereka adalah ahli neraka."

"Pada dahi mereka ada tanda BN. Semua bertanda BN adalah BEKAS NERAKA." (semua jemaah ketawa sakan). "BN tidak boleh berselindung dari tandanya itu. Sapa nak jadi BN?" (semua tiba-tiba senyap). Adakah kita nak jadi BN?"

Kemudian dia menceritakan betapa azab siksa Allah dan meminta jemaah menjauhi segala perbuatan dosa supaya kita tidak bertanda BN di syurga nanti.

0 comments:

Post a Comment