:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Sunday, July 5, 2009

Genap usia 26 tahun, apa yang saya risaukan?

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Alhamdulillah... syukur pada Allah atas nikmat kehidupan ini. Hari ini 6 Julai 09, genap umur saya 26 tahun menikmati kehidupan di dunia ini. Maha suci Allah membenarkan saya hidup sampai ke usia ini. Ya.... dipanjangkan umur Namun ia juga bermakna setahun makin dekat dengan penghujung kehidupan.

Kali ini juga tahun pertama ulang tahun kelahiran saya atas nama suami. Menempuh hari lahir bersama insan kesayangan di sisi. Isterilah orang pertama melafazkan kata kata semangat dan doa tepat jam 12 malam tadi.

Dan terima kasih juga kepada sahabat- sahabat yang mengingati diri ini. Syukran atas ingatan kalian. SMS kalian akan saya abadikan selamanya.

Bukan untuk bermegah, sekadar muhasabah diri..maka wajar saya lampirkan aset yang tak seberapa yang saya usahakan sendiri setakat hari ini.

1- Rumah
2- Kereta
3- Kerja
4- Isteri
5- sedikit simpanan masa depan
6- dan bakal menimang Cahaya mata sulung

Tak padan pun nak bermegah dengan aset sebegitu, ramai lagi yang hebat2. Namun syukur... cukup untuk saya dan isteri meneruskan kehidupan dalam suasana bahagia.

Pada saya itu semua adalah asas yang wajib saya sempurnakan.. tapi ada persoalan yang lebih besar yang saya sering risaukan. Sehingga sekarang saya tidak tahu jawapannya. Namun sepanjang hidup ini saya cuba bentuk sendiri jawapannya supaya ianya baik bagi diri saya.

Ini persoalan yang saya maksudkan....

MOHD NAZRI ABDULLAH
UMUR 26 TAHUN

1-Sepanjang 26 tahun diberi nikmat hidup, ke mana saya telah habiskan?

2-Jika dihitung dengan neraca timbangan, bagaimana nasib saya? AMALANKAH atau DOSAKAH yang lebih berat?

Ternyata ianya bukan mudah dijawab, tapi cukup untuk saya sentiasa beringat. Dan persoalan ini juga menyedarkan saya tidak perlu untuk terlalu gembira menyambut ulang tahun kelahiran saya jika belum ada jawapan pasti.

Sekadar perkongsian untuk entri kali ini...

Assalamualaikum w.b.k

0 comments:

Post a Comment