:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Tuesday, November 17, 2009

Sahabat, indahnya kenangan dulu

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH






Gambar-gambar ini saya rakam sewaktu berkunjung ke rumah salah seorang sahabat karib saya Khairul Hafiz Mohd Anwar di kediaman mertuanya di Bagan Datoh, Perak.

Kalau tak silap, waktu tu 10 Ramadhan kira-kira 5 hari sebelum isteri saya bersalin.

Boleh dikira tempat terakhir la bawa isteri jalan2 sebelum bersalin...

Alhamdulillah...sempat merakam gambar bersama Hafiz dan isterinya, Siti Hajar.

Agak lama juga tak jumpa diorang sebelum ni biarpun isteri sama-sama orang Perak.

Yang lagi best, saya sempat mengulangi rutin waktu bujang...iaitu minta dia gunting rambut saya.

Itulah keakraban kami... waktu bujang, memang tak pernah saya ke kedai gunting rambut... dia la yang guntingkan.

Dia pun begitu...saya antara yang selalu trim rambut dia...

Sahabat2 Rumah Hamzah pasti tahu... semuanya pernah saya gunting..

Ust Ramadhan Fitri, jangan lupa! he..he.. dia nak kawin pun saya yang gunting rambut dia.

Itu lah kenangan dengan sahabat2 semua...Azmi, Azizi, Khadeq, Fakhrul, Hanif Baderun, Mostadza, Zamri... adakah kalian juga masih ingat kenangan ini?

Kini semua dah berubah... saya pun dah cari kedai untuk gunting rambut.

Maklumlah...masing-masing punya keluarga sendiri... Mahu bertemu susah sekali.

Mesin dan gunting rambut kat umah ni pun dah berkulat....

Last guna balik, cukur kepala Muhammad hasif 'Ulwan waktu umur dia 7 hari hari tu.. hu..hu..

Indahnya jika kenangan ini berulang kembali....

0 comments:

Post a Comment