:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Thursday, December 3, 2009

Aidil Adha penuh makna bersama Hasif

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH


Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ini cukup berbeza dan cukup bermakna buat kami sekeluarga.

Meraikannya dengan genapnya usia tiga bulan Muhammad Hasif 'Ulwan, putera sulung kami.

Rasa cukup mebahagiakan bukan sahaja saya dan isteri, malah turut dirasai keluarga besar saya di Kelantan.

Benar kata orang, anak permata hati, penyejuk mata dan penyeri rumah tangga.

Sejak kehadiran Hasif, tulisan saya juga banyak berkisar kegembiraan bersamanya.

Suka untuk saya berkongsi pengalaman raya kali ni.

Menyusuri sedikit pahit seketika dan kemudiannya gembira.

Pahitnya apabila perjalan kami (saya, isteri dan anak) pulang dari KL ke Kelantan pada 26 Nov memakan masa hampir 16 jam.

Bertolak jam 11 pagi 26 Nov dan hanya sampai di Rantau Panjang Kelantan jam 2 pagi keesokannya.

Penat...Tuhan sahaja yang tahu...terasa sangat perit dan menyesal sekali.

Pemanduan yang penuh dengan keluhan, namun masih berbekal dengan sedikit kesabaran yang berbaki.

Ingatan kemeriahan di kampung halaman mengatasi segalanya...

Nasib baik Hasif seperti memahami, diam saha tidak merengek mahupun menangis sepanjang perjalanan.

Sempat rehat sekejap, tup tup dah pagi...dah nak ke masjid solat sunat hari raya.

Bayangkan kepenatan kami...bagun pagi dengan keadaan kaki ini masih terasa bagai sedang memijak pedal minyak dan brek.

emm..namun saya gagahkan juga, sebab banyak lagi tanggungjawab saya.

Alhamdulillah, tahun ni 8 dari 9 orang adik beradik beraya bersama mak ayah kecuali seorang akak saya yang berada di Johor tidak dapat pulang.

Seperti biasa, Sebelum ke masjid, semua adik beradik berkumpul di rumah ayah..

Apa lagi...Hasif selaku cucu ayah paling bongsu buat masa ni menjadi tumpuan.

Di usia tiga bulan..agak banyak perkembangan pada diri Hasif.

Dia sekarang sudah mula kenal dan cam umi dan abi nya.

Kehidupan sehariannya boleh dikatakan banyak senyum dan ketawa dari menangis. Hatta bangun tidur pun jarang sangat menangis.

Biasa kalau bangun tidur, dia bercakap dan bermain sorang-sorang dia.

Menagis pun bila nak susu dan nak tidur je. Selain tu jarang sangat menangis.

Di usia tiga bulan juga, dia sudah pandai memberi respon bila ditegur sesiapa.

Matanya juga sudah cepat menangkap sebarang pergerakan objek yang lalu dihadapannya.

Hasif ni satu lagi dia suka sangat tengok telivesyen...mungkin sebab pergerakan video dan warna2 yang sering bertukar tukar pada skrin televisyen tu membuat dia tertarik.

Kalau sedang menangis sekalipun, bila letak depan tv, automatik dia senyap dan mata terus tertumpu pada skrin tv.

lagi satu suka sangat naik kereta... kalau menangis, masuk kereta hidupkan enjin je terus dia senyap.

Itulah sikapnya..keceriaannya membuatkan dia sering dikerumuni... bersilih ganti orang mendukungnya.

Sambung semula tentang raya...

Seperti biasa ,saya ditugaskan ayah mengambil alih temapatnya membaca khutbah hari raya di masjid.

Ayah seorang Imam, tetapi sejak 5 tahun lalu khutbah hari raya ditugaskan kepada saya.

Alhamdulillah, seminggu sebelum raya biasanya saya dah siapkan teks khutbah.

Cuma tahun ni, dua hari sebelum raya baru sempat saya siapkan.

Maklumlah tugasan saya di harakahdaily sangat padat sehingga xsempat nak buat perkara lain..

Ingat lagi waktu zaman bujang dulu, saya selalu rujuk isi Ust Khutbah Ramadhan Fitri.. maklumlah idea dia gempak gitu.

So saya selalu juga ambik khutbah dia. kami selalu juga bertukar-tukar idea...ada sekali tu khutbah dia dalam bahasa inggeris, jenuh saya nak terjemah semula...

Emmm..Raya kali ni saya membuat cubaan berani apabila membawa Hasif bersama ke masjid untuk solat sunat hari raya.

Hasif di dukung uminya ke bahagian ruang solat wanita, dua orang anak buah saya ditugaskan menjaganya sehingga selesai solat dan khutbah.

Mulanya agak gusar juga takut dia menangis dan tidak selesa, namun Alhamdulillah semuanya baik baik belaka.

Sebelum usianya tiga bulan, dia sering juga menangis...kadang kadang saya terpaksa pulang kerja awal supaya sampai rumah sebelum maghrib.

Kena bergilir-gilir dengan isteri dukung dia untuk solat maghrib. Dia tak mahu dibaringkan...asyik nak berdukung je.

Kalau lewat saya sampai, lewatlah isteri nak solat maghrib....

Kini saya gembira dengan sikap Hasif... perubahan yang saya sentiasa nantikan.

Baringkan dia sorang-sorang pun dah tak nagis lagi. Alhamdulillah...syukur pada Allah.

Perubahannya memasuki usia tiga bulan membuatkan saya terus teruja menanti perubahan-perubahan berikutnya.

Tiada yang lebih gembira bagi saya melihat Hasif terus membesar dengan perubahan-perubahan yang sangat membanggakan.

Saya dan isteri juga sekarang sudah yakin untuk membawanya sekali mendengar kuliah di masjid.

Minggu lepas, saya dan isteri ke surau An-nur di Bangi mendengar kuliah disampaikan Ust Hasrizal Jamil pengendali web saifulislam.

Alhamdulillah, Hasif boleh dibiarkan sendirian disebelah uminya sehingga selesai solat Isyak....

Kini tiada masalah lagi untuk kami sekeluarga mengikuti mana-mana kuliah ilmu di masjid bersama Hasif.

P/S: "Ana anak 3 bulan belum bawa pi masjid lagi," telah ust Hasrizal sewaktu saya menyapanya sambil mendukung Hasif selepas kuliah.

0 comments:

Post a Comment