:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Thursday, April 30, 2009

Nasihat Ibu Mertua

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

“Abang…waktu bersalam dengan mak tadi, mak pesan kat abang jangan bawa kereta laju sangat.” telah isteri saya menyampaikan pesan ibu.

“InsyaAllah…tapi mana abang bawa laju pun?.” soal saya kembali.

“Laju la jugak abg drive… mak pun terkejut kita boleh sampai awal jumaat tu.” Jawab isteriku mengimbau kembali perjalan balik kami tempoh hari.

“Ya la.. Abang bawa slow je key.. sayang dah baca doa naik kenderaan belum?” cepat cepat saya alih topik dengan soalan baru.
“Nasib baik abang ingatkan..” jawab isteriku tersenyum.

Mata kami masing masing terus tertumpu pada pelekat doa naik kenderaan kat dashboard kereta. Kami sebenarnya baru sahaja bertolak balik ke Kuala Lumpur selepas dua hari meluangkan cuti hujung minggu di kampung bersama orang tua di Batu gajah. Hari jumaat hari tu kami bertolak jam 6 ptg dan sampai di kg lebih kurang jam 7.30 malam. Pada saya tempoh sejam setengah bagi perjalanan sejauh 180Km adalah biasa bagi seorang pemandu muda seperti saya.

Alhamdulillah dengar sabar saya patuhi pesan ibu mertua… dengan pemanduan pada kelajuan 100km/j aku selamat sampai ke Kuala Lumpur dua jam setengah kemudian dengan selamat.

P/s: Mudah mudahan, Ibu mertua saya tidak risau lagi dengan pemanduan saya..

0 comments:

Post a Comment