"Tidak kah Allah tempat paling baik untuk hambanya mengadu?"
"DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mengapa kita lebihkan pergantungan pada manusia berbanding DIA?"
"Sikit banyak rezeki kita, DIA yang tentukan. Jika kita rasa tersepit, mengemislah pada Tuhan."
Itu antara nasihat seorang abang pada saya sewaktu awal berumahtangga. Katanya " hidup ini banyak dugaan, kuatkan iman, harungi dengan penuh kesabaran..kita perlu yakin pada janji Tuhan."
Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)
Sehingga hari ini, saya masih ingat nasihat dia. Sangat bermakna dan sangat benar sekali. Berpegang pada perkataan itulah membuatkan saya selalu bersemangat menjalani kehidupan seolah dipandu untuk berjalan.
Terasa sempit, serabut, tertekan... mudah diatasi jika hati kita ingat pada Tuhan. Kita orang Islam, sangat wajar berbuat begitu.
Allah berfirman: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang. (Ar Raad: 28)
[Sekadar perkongsian...]
Read in English
Artikel terkini
Arkib
Hari Ini
Mirip Abi atau Umi?
Hadis Pilihan
Video Nasyid Pilihan
Jom Bual
Galeri SiKidal
Gambar Kawin
Harakahdaily.net
Nik Aziz Nik Mat
Abdul Hadi Awang
Rakan Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment