Ahad lalu saya berkesempatan ke konsert amal bersama artis nasyid Indonesia yang bernama Opick.
Mendegar alunan nasyid yang sarat dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasulnya, hati ini sangat terusik.
Apatah lagi, Opick pandai meruntun jiwa penontonnya dengan mengajak sekali mengalunkan zikir bersama-sama.
Ah...Dengan gema dewan besar TNB, Bangsar, dada terasa bagai nak pecah bila rentak percussion seiring denyutan jantung yang berdegup kencang.
Sudah lama tidak berasa begini...selalu hanya mendengar alunan muzik dicorong radio sewaktu memandu.
Tangan sudah terbiasa menekan butang yang telah siap di set, sama ada ERA ataupun HOT.fm.
Sehingga mulut ini mampu mengikuti beberapa bait courous lagu terkini yang sering keudara.
Cakap sahaja Yuna, sixsens, Aizat, Faizal Tahir....emmm sy tidak malu untuk akui itu semua.
Terasa mahu jiwa kembali seperti dulu... Tenang, indah dan damai sekali.
Orang kata budak2 sekolah agama sinonim dengan Nasyid...ya ia benar pada saya.
Menggilai nasyid sejak di Tahun 6 persekolahan. Aktif kumpulan nasyid sewaktu di sekolah menengah, biarpun sekadar suara latar dan kadang2 base.
Kenangan paling manis, pernah beberapa kali membuat persembahan live di stesen radio RTM Kelantan untuk siaran hari Jumaat.
Namun semuanya dah berubah...saya dah tinggal dari mengekori perkembangan nasyid sudah agak lama. May be sejak tahun dua di kampus.
Tapi itu tidak penting, yang penting jiwa ini benar-benar tersentuh dengan nyanyian Opick.
Biarpun dalam loghat bahasa Indonesia, namun bait2 puisi yang dikarang dan digubah menjadi lagu sangat mudah untuk difahami.
Saya begitu terpukau dengan persembahan beliau apatah lagi Inteam juga turut bersama membuat persembahan.
Hati ini memang rindu untuk melihat kelima-lima anggota kumpulan Inteam bersama kembali.
Tahniah Inteam, kerana kembali bersama untuk album baru akan datang.
Saya sememangnya ada sejarah dengan satu lagu Inteam ni. Kalau kalian masih ingat lagunya bertajuk "Tuhan Yang Esa".
Lagu yang mampu mengalirkan air mata saya, mungkin juga anda..
Saya nukilkan disini video klipnya...
TUHAN YANG ESA
Selain inteam, turut membuat persembahan pada malam itu adalah Ust Akil Hay. menyanyi lagu Opick dalam bahasa jawa, sungguh indah sekali.
Tapi tak kurang juga lawaknya. Pak Abu pengasas Solat Center di Indonesia juga mempersembahkan dua lagu. Tapi yang lawak adalah gayanya...fuh...tanya sahaja sape yang datang, pasti pecah perut tengok gelagat Pak Abu. Semacam tak percaya dia mengajar Solat Khusyuk...he he he jagan marah Pak Abu.
Apapun, konsert malam itu meninggalkan kesan mendalam pada saya... sangat2 mendalam.
Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakannya.
Read in English
Artikel terkini
Arkib
Hari Ini
Mirip Abi atau Umi?
Hadis Pilihan
Video Nasyid Pilihan
Jom Bual
Galeri SiKidal
Gambar Kawin
Harakahdaily.net
Nik Aziz Nik Mat
Abdul Hadi Awang
Rakan Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment