:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Monday, December 21, 2009

Family Day...kita masih bersama

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Setelah dua minggu berlalu baru berkesempatan menulis berkaitan Imatch Family Day.

Tahniah buat Ad-Hoc

Pertama sekali terima kasih buat pihak penganjur khususnya ad-hoc diterajui Aziah yang tidak kenal erti jemu menghubungi ahli untuk hadir ke program.

Juga persiapan lain termasuk usaha awal menentukan tempat program sehingga saya mendapat maklumat beberpa kali retreat dibuat sebelum PD Sanctuary Resort, Tanjung Agas dipilih.

Biarpun perasaan pada mulanya agak sedikit kecewa setelah melihat senarai confirmation, namun semuanya berubah selepas hadir ke sana.

Saya menjangkakan tidak banyak yang mampu dibuat dengan kehadiran seramai itu berbanding jumlah sebenar ahli Imatch.

Apatah lagi, tujuan sebenar Family Day tersebut mahu menyelesaikan satu 'agenda' yang agak besar.

Dengan ketidakhadiran majoriti 'penggerak utama' (bukan memperlekeh yang hadir sebagai bukan penggerak utama) yang memahami denyut nadi Imatch, saya rasa tidak silap untuk saya pada mulanya berasa terkilan.

Namun saya juga memahami, keterbatasan waktu, jarak dan komitmen lain adalah alasan yang tidak boleh dinafikan.

Sukar untuk mengakui, saya juga hadir selepas puas memujuk hati.

Berdepan satu lagi program yang tidak kurang penting di negeri kelahiran, saya memutuskan untuk bersama Imatch memandangkan saya mempunyai tanggungjawab menyelesaikan 'agenda' itu.

Saya tahu, pengecualian saya pulang ke Kelantan untuk satu lagi program mampu menjejaskan kredibiliti saya, namun saya tidak bolek mengelak bila berdepan amanah yang lebih besar yang harus ditunaikan.

Selesai solat Jumaat 18 Dis, kami sekeluarga bertolak ke tempat program.

Sesat cari tempat

Dengan hati yang agak berat, kami diuji pula apabila tidak jumpa tempat yang dimaksudkan.

Beberapa kali menghubungi kawan2 memohon kepastian, namun tidak juga jumpa.

Rupa-rupanya sudah tiga kali saya masuk ke kawasan tersebut..namun apa boleh buat jika takdirNya tidak membenarkan saya menjumpainya.

Apa tidaknya, fikiran saya langsung tidak menyangka tempat tersebut tempat program yang di maksudkan.

Jalan masuk menuju resort itu fuh....menyeramkan...hutan kiri dan kanan, pondok pengawal yang usang bagai bertahun sudah ditinggalkan membuatkan saya tiga kali patah balik keluar dari jalan tersebut.

Sehinggalah bertemu kereta K.Anim yang juga mahu ke tempat sama...rupa-rupanya memang keadaan tempat tu macamtu...

Macam tempat nak gi shooting drama Jangan Pandang Belakang, Congkak camtu...tapi tak la sampai camtu...sekadar shooting ceplos je kot tahapnya.

Bila masuk je pintu pagar resort tu, baru dapat lihat ramai juga orang datang bercuti di situ... Parking pun penuh dengan kereta..lega sikit rasanya.

Lepas dapat kunci, saya, isteri dan anak terus menuju ke bilik...alhamdulillah...bilik kira ok la ala 3 bintang camtu.

Tapi kalu tengok dari luar...MasyaaAllah...seram sejuk juga rasanya. Apatah lagi sebelah bangunan saya tu blok terbengkalai dan penuh dengan semak samun.

Program bermula

Ah..lupakan bab tu dulu...menjelang malam, Ad-hoc memberi taklimat kepada semua peserta "Malam ni kita ada BBQ, tapi bukan kita yang buat, semua pihak resort sediakan, so rehat2 dulu, lepas Isyak kita mula program," kata Aziah.

Menjelang program malam tu, selesai je solat jamak Maghrib-Isyak, saya diajak Faiz test kolam renang..apa lagi...macam-macam la aksi sekian lama terpendam di keluarkan.

Lepas penat 'berkolam' kami pun bersiap ke program malam tu di ruang kafe resort tersebut.

Alahamdulillah...program dimulakan dengan taaruf. Maklumla macam-macam perkembangan baru pada diri masing-masing. So kena la update bagi kawan-kawan lain tahu.

Yang dulu single sekarang dah kawin, malah dah beranak dua tiga pun.

So selain taaruf diri sendiri, kena la juga taaruf pasangan dan anak2. Juga menyentuh sedikit perkembangan terkini kerjaya masing2.

Paling syok kena cerita apa perkara yang paling tidak disangka berlaku dalam hidup masing2. Maka bermacam-macam lah perkara ditimbulkan.

Namun semuanya berlangsung dalam keadaan happy dan ceria sekali.

Paling best, melihat gelagat pasangan pengantin baru Imatch, Halim dan Isterinya Maisarah.

Rupa-rupanya macam-macam ada dalam Imatch ni...Dari Lawyer, Pegawai Bank, Ejen Hartanah, Guru, Ejen Takaful, Engineer, Penceramah, Kaunselor termasuk la yang menulis ni sebagai wartawan.

Belum selesai taaruf, perut dah lapar...so penganjur kasi makan dulu..taaruf disambung esok...

Fuh nak tahu menu dia....Udang. Sotong, Kerang, Ikan Cencaru, Ayam, ulam, buah buahan dan nasi goreng..Fuh marvelous....ratah lauk je la malam tu.

Terkenang zaman bujang

Bila perut dah kenyang, masing2 dah ngantuk especially yang bawak anak kecik...so isteri2 semua pulang ke bilik dahulu...

Maka tinggallah kami sang lelaki macho mengulangi kembali suasana zaman bujang di UM dulu...

Besembang macam2. Dari hal, agama, ekonomi dan politik. Macam macam keluar...maklumlah dah besor2 belaka..masing2 ada pandangan sendiri.

Sedar tak sedar dah pukul satu...Halim selaku pengantin baru meminta izin mengundur diri... tidak lama kemudian semua bersurai memandangkan esoknya pagi2 lagi ada program sukaneka.

Sesuatu agak aneh berlaku

Belum sampai sejam lelapkan mata, anak saya Hasif, terjaga dan menangis sekuat hati bagai nampak sesuatu yang menakutkan.

Menagis sambil tangannya digenggam erat dengan laungan yang sangat kuat.

Jarang sekali anak saya begini...Diberi susu tidak mahu, didukung juga tidak berenti menangis...matanya asyik tertumpu pada satu sudut...

Hati saya mula rasa tidak sedap...bergilir-gilir mendukung dan menenangkan Hasif, namun tidak juga dia berenti menangis biarpun jam menunjukkan pukul 4 pagi.

Pelbagai ayat Al-Quran yang saya iangat saya bacakan, termasuk juga Isteri, tidak putus putus membaca ayat kursi.

Segelas air saya ambil, dibaca 3 Qul, ayat kerusi, selawat dan sedikit ayat-ayat lain yang saya ingat lalu dihembus ke dalam air dan disapu ke ubun2 Hasif.

Alhamduliilah dengan kuasa Allah tangisan hasif terhenti, namun dia masih teresak2 dan tidak mahu diletakkan dari dukungan.

Ingat pesanan orang tua, air yang dibaca tadi saya sembur ke segenap penjuru bilik dengan gaya merejam sesuatu...

Sehinggalah jam 5.30 pagi..Hasif sudah mampu lelapkan mata....Alhamdulillah..

Selesai solat subuh, saya lelapkan mata sebentar selepas sepanjang malam berjaga dengan Isteri.

7.30 saya turun sarapan di kafe....Isteri dan anak saya biarkan mereka berehat...sarapan saya tapau untuk mereka.

Program disambung
Lebih kurang jam 8.30 pagi, sukaneka bermula... memandangkan masih pening berjaga malam..saya tidak banyak terlibat dengan aktiviti.

Sekadar menjadi jugambar merakam setiap aktiviti.

Banyak juga permainan dibuat, pertandingan gubahan, rebut kerusi, bowling kelapa, makan epal tergantung, belon air dan cari coklat dalam tepung untuk kanak2.

Panjangnya nak cerita...tengok je gambar di http://www.flickr.com/photos/shotangle

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... paling gembira apabila 'agenda' yang perlu diselesaikan berjaya dibereskan setelah lama tertangguh.

Syukur pada yang Esa....kegembiraan program tersebut mampu membenam rasa sedih saya diawal seperti yang saya ceritakan tadi.

Sekian lama tidak bertemu...bukan bermakna kita sudah berpisah...namun ternyata KITA MASIH BERSAMA....

P/S: ada satu insiden lagi berlaku pada saya...agak menyeramkan...terserempak dengan....cuba mengur saya...meremang bulu roma bila terpandang wajahnya... biar saya abadikan kenangan itu... yang pasti..tempat itu sebenarnya agak 'keras'.

0 comments:

Post a Comment