Terasa untuk berkongsi artikel ini dengan sahabat sahabat, terutama mereka yang bakal bergelar bapa.
Serius...saya terkejut membaca artikel ini. sebelum ni buat tak endah je... mungkin sebab saya lelaki dan sama dengan suami suami yang lain juga. sekarang dah nak jadi bapa, baru terasa gerun.
Sebelum ni pegang anak anak saudara saya main belasah je, macam macam saya buat
nak bagi baby tersenyum...rupa rupanya....ish ish....bahaya betul..
Para isteri dan ibu-ibu mungkin gelak besar dengan artikel ini yang dianggap
gerun oleh saya... tapi takpa.. sekadar peringatan buat suami dan bakal bapa ataupun
sesiapa yang akan dan bakal mendukung baby atau anak saudara atau anak sahabat-sahabat
lain khasnya di bawah dua tahun.
Selamat membaca....
Goncang Boleh Membunuh Bayi Anda
Berdasarkan kajian di negara Barat, menggoncang, melambung atau menyentak bayi,
terutama mereka yang berusia dua tahun ke bawah boleh menyebabkan salur darah di dalam otak terkoyak atau pecah.
Justeru, ingatlah, perbuatan anda untuk menenangkan bayi yang sedang menangis itu boleh
menyebabkan kematian pada mereka dan kadangkala boleh menyebabkan bayi itu merana sepanjang hayat?
Sindrom menggoncang bayi atau 'shaken infant syndrome' adalah antara kecederaan serius di
kalangan bayi dan kanak-kanak dan ia tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap ibu bapa,
penjaga mahupun pengasuh.
Sebahagian besar kes sindrom menggoncang bayi dilakukan oleh dewasa yang dihantui perasaan
marah dan kecewa pada anak kecil dan menggoncang mereka tanpa belas kasihan dan simpati.
Sama ada sengaja dilakukan atau tanpa menyedari bahawa perbuatan menggoncang anak
membahayakan kesihatan, seseorang dewasa perlu berfikir dan menunjukkan keprihatinan mereka apabila melihat anak kecil menangis tanpa henti.
Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan lazimnya ia akan
hanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat- peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala.
Sehubungan itu, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depan
dan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.
Kerosakan teruk bahagian otak akibat menggoncang bayi itu adalah lebih kerap berlaku di kalangan bayi berusia dua tahun ke bawah selain kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun.
Apakah perbuatan yang boleh membahayakan otak bayi?
1 Berulang kali menjulang anak kecil anda.
2 Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan mendukungnya di belakang atau di bahu.
3 Membawa mereka menunggang kuda.
4 Memusingkan anak kecil anda.
Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?
1 Kerosakan otak.
2 Kecederaan tulang spinal.
3 Buta.
4 Kecederaan mata.
5 Sawan.
6 Patah tulang.
7 Terseliuh.
8 Kecacatan fizikal.
Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:
1 Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.
2 Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.
3 Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya, seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.
4 Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus menangis.
Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja
atau sengaja?
Walaupun anda terasa malu dan bersalah untuk berterus terang dengan doktor,
adalah penting jika anda memberitahu doktor apa yang sudah dilakukan.
Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar.
Jika anda menggoncang bayi secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan anda
bergegas ke jabatan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana, pendarahan di
dalam otak boleh dirawat, itupun jika anda memberitahu doktor perkara
sebenar.
Jika anda berterus terang mengatakan bahawa bayi itu digoncang, doktor akan
memberi rawatan sewajarnya dan keadaan ini sekali gus dapat menyelamatkan
nyawa bayi anda dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
Read in English
Artikel terkini
Arkib
Hari Ini
Mirip Abi atau Umi?
Hadis Pilihan
Video Nasyid Pilihan
Jom Bual
Galeri SiKidal
Gambar Kawin
Harakahdaily.net
Nik Aziz Nik Mat
Abdul Hadi Awang
Rakan Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment