:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Friday, May 22, 2009

Allah tahu apa yang kita hajatkan

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH


Assalamualaikum...wbk

Posting ni khas buat sahabat imatch... saya sangat merindui kalian semua.

Aneh tapi itulah sering terjadi pada saya... Suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.

1- Hajat bertemu Fadhil

Semalam, Khamis 22hb saya ke Mahkamah Rayuan Putrajaya buat liputan kes status Menteri Besar Perak seperti yang kalian semua tahu ceritanya.

Masa tu saya jumpa peguam kita Ust Fadzil bersama Zaujahnya. Lama tak jumpa dia sejak dia keluar dari RH tahun lepas. Tak de la pelik sangat jumpa dia, tapi ada yang istimewa bagi saya.

Malam sebelum tu, saya bertemu dengan K.Lela isteri kepada Mat Sah Satray mangsa tahanan ISA. Dia bercerita banyak tentang suaminya, ISA dan juga sahabat2 yang selalu bersama dalam GMI. Tiba-tiba dia bercerita tentang fadzil, dan minta saya sampaikan pesan padanya.

Dipendekkan cerita, pulang dari pertemuan itu saya sms fadzil minta untuk bertemu. Namun malang nasib saya, esoknya baru saya sedar saya hantar mesej pada no. tel lama dia yang dah tak digunakan.

Niat untuk hantar semula sms ke no barunya ada, namun saya terlupa berbuat demikian dalam kekalutan bersiap nak gi keja. Sampailah kat pejabat saya dapat sms dari driver DS Nizar bagitau DS datang mahkamah. Saya terus ke putrajaya dan lupa niat saya untuk sms fadzil. DS Nizar hari sebelumnya mengesahkan tak datang mahkamah, tapi tiba-tiba tukar plan pulak... buat saya sangat sangat kalut hari tu...

Tiba-tiba.... disana Allah takdirkan saya bertemu Fadzil, insan yang sagat sangat saya harapkan untuk jumpa. Dah dekat setahun tak jumpa. SMS pun kadang2 je. Maha Suci Allah, Dia tahu hajat kita, lantas saya dipertemukan. Saya guna kesempatan itu menyampaikan pesanan K.Lela tadi kepadanya....

Alhamdulillah... selesai juga saya sampaikan amanah orang. Dalam kekalutan kerja, Allah telah menolong saya...Syukur sangat2.

2- Hajat bertemu Ust Ramadhan

Selasa lalu, 19hb saya hantar satu sms kepada ust ramadhan, bagitahu dia tentang nama dia dicalonkan senarai pencalonan AJK Pemuda muktamar tahun ni.

Namanya termasuk dalam senarai adalah perkara biasa... Namun seingat saya selama bersama dia di RH, dia menggunakan nama samaran lain, sedikit berbeza dari nama asal. Dalam mana-mana dokumen dewan pemuda sekali pun, nama samaran itulah digunakan atas faktor keselamatan.

Tiba tiba dalan senarai tu tertulis nama betul dia, dieja secara tepat... buat saya terkejut besar. namun mungkin biasa pada orang lain.

Berbalik pada sms saya tadi... dia tidak membalas apa-apa.

Dua hari kemudian, pulang dari membuat keputusan kes Nizar, hari yang sama bertemu Fadhil, tiba tiba telefon saya bergegar. saya silent telefon...maklumlah masuk bilik mahkamah petang tu. Nama " U.Ramadhan" keluar pada skrin saya. Orang yang saya nanti-nantikan dah call saya. Katanya dia dalam perjalanan ke meeting kat bandar Instec. Alhamdulillah, dalam kesibukan dia masih ingat saya. Saya tahu benar perjalanan jadual harian dia. Sibuk namun kawan2 tidak pernah dilupa. Dulu saya antara teman driver dia kemana sahaja dia pergi. tapi itu dulu..

Dia call saya menjawab sms saya tempoh hari.. banyak juga kami bincangkan dalam masa 15min perbualan. Namun jauh disudut hati masing masing ingin bertemu mata. lama tidak makan minum dan bergurau bersama. masing masing mencadangkan tarikh pertemuan... akhirnya waktu dan harinya ditetapkan.

Tiada apa yang pelik kan....? sekali lagi hati saya ingin menceritakan. Hari rabu 20hb, saya ada berbual dengan K.Najibah melalui facebook. Dia cerita, dia dan suami sempat sarapan kat rumah Ramadhan sebelum ni. Katanya, Ust Ramadhan ada cerita lama tak jumpa kawan2 dia yang lain. Disebutnya nama Mostadza, nama saya dan lain lain...

Dipendekkan cerita... cerita itu membuatkan saya sangat sangat berhajat untuk berjumpa Ust Ramadhan. Nak call takut mengganggu dia, sebab dia sekarang dah jadi orang besar... Sms saya pun tak berjawab, inikan pula call...

Rupa rupanya saya silap... di waktu hati ini nak sangat-sangat bercakap dengan dia, tiba tiba dia yang call. em sekali lagi Maha suci Allah.. syukur saya panjatkan. Dia tahu apa yang kita hajatkan. Dapatlah saya bercerita apa yang nak saya sampaikan selama ni...

Itu bukan kali pertama atau kedua saya alami... saya yakin sahabat2 lain pun selalu mengalaminya.

Biasa berlaku, tapi bila difikirkan semula... berlaku dengan ketentuan Dia.. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kita hajatkan.

0 comments:

Post a Comment