:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Monday, May 25, 2009

Semalam ku dengar tentang dia dan bertemu dia (sahabat imatch)

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian...

1st, Thanks entri terdahulu dimuatkan dalam blog Imatch. (K.Najibah...thanks a lot)

Entri kali ni sekadar sedikit perkembangan tentang kawan kawan imatch kita yang sampai kepada saya. Alhamdulillah...dalam kehidupan saya, kemana sahaja saya pergi, dengan siapa sahaja saya jumpa..ada je yang berkaitan. Kekadang jumpa orang yang tak pernah kenal, risik punya risik tup.. tup..la bersangkut pula dengan kawan ni dan kawan tu yang saya kenal..inilah kehidupan. Kadang kadang saya fikir, betul juga orang kata dunia ni kecil je...

Semalam seharian urusan kat UM hantar anak saudara saya register kat PASUM. Badan pun masih terasa kepenatan. Dah lama juga tak masuk UM. Tapi xde apa yang berbeza sangat bagi saya.

Seperti biasa, bila ada apa apa event je jalan masuk UM mesti jam, saya dah agak dah dan anda semua juga pernah mengalaminya terutama waktu konvo..

Berbekal pengalaman yang ada, saya masuk UM melalui pintu Damansara, pintu belakang Akademi Islam. Ternyata tekaan saya tepat... jalan melalui pintu itu kosong dan lengang. Dengan penuh bangga saya masuk UM dan terus ke kolej ke-12 untuk pendaftaran. Dari arah bertentangan saya dapat lihat suasana sesak, kenderaan jam sampai ke simpang padang UM. Sempat saya tanya keselamatan, dia kata jam dari main library. Alhamdulillah saya dah terlepas dari satu suasana yang saya memamg tak suka.

Saya terus park keta depan blok B, selesaikan urusan pendaftaran. Hampir 2 jam juga nak selesaikan semua urusan. Jumpa la adik adik kita sedang buat operasi gerak gempur. Alhamdulillah.. diorang masih kenal saya.. setakat termampu saya tolong diorang juga. Emm..macam biasa.. anak sedara saya jadi orang besar la hari tu. barang2 ada abang2 yang angkut, dihantar kebilik dan macam2 lagi. ( dalam hati...macam pernah ku buat kerja kerja ni semua, he he..)

Siapa Ust Fakhrul

Masuk je bilik penginapan, ada satu famili tengah bersihkan katil dan almari untuk anak dia. Dari langkawi mereka datang, tapi anak diorang dulu blaja kat SMKA Alam Shah Putrajaya.

"Alam Shah, Putrajaya!", terus terlintas wajah ust Fakhrul Kedah yang mengajar kat situ. Apa lagi, banyak la saya berbual tentang fakhrul dengan adik ni.

Saya pointkan antara apa yang diceritakan oleh adik tu pada saya tentang ust Fakhrul

1- Seorang warden yang garang
2-Rotan tidak pernah terlepas dari tangan
3- semua pelajar takut nak berselisih dengannya
4-Nahas la kalau pelajar buat silap
5-Mudah kesan student yang bawa telefon bimbit, dan dirampas
6-Aman sekolah ada dia, dia cuti je studen bersorak la...

itu je..tak leh lebih2 nanti marah pula ust fakhrul kat saya. Maaf ye Ust Fakhrul..

Selepas semua selesai, perut terasa lapar...nak makan kat kafe KK12 faham faham jelah.. semua tertumpu kat situ. Ramai sangat ibu bapa dan pelajar kat situ. Malas nak bersesak sesak, sekali lagi saya menggunakan pengalaman saya, kami naik kereta menghala ke APIUM. Kantin paling best kat UM. Sekali lagi tekaan saya tepat. Tak ramai famili yang datang daftar anak, makan kat situ kecuali staff APIUM yang bekerja. Biasa lah ex-um, masuk je APIUM ramai la kawan2 yang kenal. APIUM bukan sesuatu yang janggal bagi saya walaupun dulu di fakulti engginering. Kami pun makan la kat situ, 5 orang makan baru RM23. Terkejut abang saya. Padahal melantak lauk berjenis2. Rezeki kami murah kot semalam. tak pe la...tinggalkan bab makan, masuk bab saya jumpa sorang lagi sahabat kita, yang juga sahabat karib Ust Fakhrul tadi... sape lagi kalo bukan Ust. Khader kita yang masih setia sambung Phd kt APIUM tu.

Sabar Ust Khader

Jumpa ust Khader ni waktu solat zohor kat surau APIUM, sempat la kami sembang2. Dia kata sedih sikit sebab zaujah dia xdapat tukar mengajar kat area lembah kelang. Dia dah pohon dulu, dan keputusannya semalam, namun nasib belum menyebelahi mereka. Selain tu sempat juga saya bertanya tentang istana kami dahulu,Rumah Hamzah. Rupanya RH sekarang tengah upgrade. Nanti bakal jadi pejabat sebuah organisasi jemaah kita juga. Alhamdulillah...

Tak pe la ust Khader, sabar je la...saya doakan semoga dipermudah segala urusan. Ust Khader sekarang sewa di Damansara. Zaujah dia mengajar di Johor. Hujung minggu zaujah dia akan balik. Pernah juga saya telefon dia, waktu tu dia dalam perjalanan jemput zaujah kat stesen. Betapa gembiranya dia dalam perbualan tu.

Perkahwinan jarak jauh PJJ, dah banyak sekarang ni..kawan2 kita pun ramai juga. Dah jadi macam trend pun ada. Tapi apa boleh buat, dah keadaan memaksa. Apapun kepada mereka, diharap banyak2 bersabar.

Sekadar perkongsian...

0 comments:

Post a Comment