:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Tuesday, June 2, 2009

Kisah buku "Bidadari Dari Timur" pada saya

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Suka untuk saya berkongsi pengalaman saya ini.

Sebelum menyelusuri tajuk diatas...ingin saya mulakan kisahnya di sini...

Sebulan lalu, ibu mertua saya dimasukkan ke Hospital Batu Gajah selepas mengadu sakit di bahagian perut dan pinggang akibat penyakit Batu Karang. Dia dibawa ke hospital oleh abah jam 3.30 pagi apabila hampir pengsan menahan sakit. Asalnya ingin bertahan hingga pagi namun tidak terdaya lagi bergelumang kesakitan yang amat sangat. Abah mengambil keputusan memanggil kakak sulung untuk membawa mak terus ke hospital yang jaraknya lebih kurang 4Km dari rumah.

Pagi ke esokannya, abah menelefon saya memberitakan hal itu. Katanya mak mungkin di operate petang itu juga tapi bergantung kepada keputusan x-ray pagi itu.Anaknya iaitu isteri saya tidak dimaklumkan dahulu perkara ini memandangkan isteri saya mudah terkejut dan sedang mengandung. Sayalah mengambil tanggungjawab memberitahunya dengan nada dan pendekatan paling murni untuk mengelakkan sebarang ketidaktentuan pada dirinya berlaku. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah.. Isteri saya boleh menerimanya walaupun disambut dengan penuh air mata.

Kemudian kami berdua membuat keputusan mengambil cuti kecemasan dan terus berlepas pulang tengahari yang sama.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam, kami masing-masing berdoa agar semuanya baik dan mak sabar menempuh dugaan. Kami terus menuju ke hospital dan bertemu mak. Dari wajahnya terpancar kesakitan yang ditanggungnya. Saya mengambil sikap untuk tidak banyak bertanya mak. Berikan masa mak berehat. Saya hanya berbual dengan Abah yang sentiasa setia berada disisi Mak.

Habis waktu melawat, kami pulang ke rumah. "Mak tidak perlu diteman, nazri balik la berehat. Lagipun mak sihat je takde pape, boleh buat semua keje sendiri lagi." jelas Mak.
Abah pun memberi nasihat sama, lalu kami pulang ke rumah.

Awal-awal pagi ke esokkannya, kami terus melawat mak. Sedikit makanan dari rumah kami bawa. Tapi malangnya doktor tidak membenarkan mak makan nasi. perutnya harus kosong untuk Xray kali kedua. Xray kali pertama tidak memberi petunjuk apa-apa. Jadi mak diminta untuk berpuasa sekali lagi.

Disinilah kisahnya bermula...

Selama menemani mak di wad, saya menceritakan kandungan isi buku bertajuk "Bidadari Dari Timur" yang saya beli waktu pesta buku sebelum ini.

Saya yakin anda juga sudah membacanya. Kisah cinta dan pengorbanan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak sepanjang kehidupan menjadi Isteri kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lepas satu bab, satu bab saya menceritakan semula kepadanya sehinggalah habis... Ternyata dia suka ceritanya. Banyak dia bertanya dan cuba menggambarkan suasana yang diceritakan.

Mak saya seorang Ustazah...dulu bekerja di unit agama Kebajikan Masyarakat KEMAS. Tapi dah lama berhenti. Sekarang aktif mengajar Al-Quran dan tafsir kepada masyarakat wanita di sekitar Ipoh. Maka ramailah muridnya. Sepanjang tiga hari di hospital, tidak putus-putus murid-muridnya datang melawat.

Yang menariknya, bila datang je murid-muridnya dia akan bercerita tentang buku Bidadari Dari Timur seperti yang saya telah ceritakan kepadanya sebelum ini. Segala yang saya cerita, itulah juga yang disampaikan kepada murid muridnya.

Akhirnya setelah xray kali kedua juga tidak memberi petunjuk apa-apa, Mak dibenarkan pulang. Kesakitan Mak juga mula reda. 4 jenis ubat dibekalkan oleh doktor. Kalau tak silap saya, Mak hanya dimasukkan 2 beg air.Itu pun hari pertama di hospital. Mak diminta dirujuk ke Hospital Selayang sebulan kemudian.

Alhamdulillah....Selepas semuanya ok, saya dan isteri kembali semula ke Kuala Lumpur. Mak sudah boleh memulakan kerjanya semula mengajar kitab dan mengajar mengaji Al-Quran seperti biasa.

Sehari dirumah selepas keluar dari hospital, Mak menelefon saya. Minta saya belikan 20 naskah buku Bidadari Dari Timur. Katanya kawannya semua berminat untuk membacanya. Ada diantara mereka sudah membayar wang kepada Mak. Emm...itulah kehebatan Mak. Bila kempen je, semua anak muridnya cair...tapi Alhamdulillah...buku ini kalu dibaca banyak manfaatnya.

Nasib baik saya kenal penerbitnya. Anbakri Publication... syarikat buku milik setiausaha politik kepada Tok Guru, Sdr.Annual Bakri. Saya tahu ambil buku ini dalam jumlah yang banayak dapat diskaun. Alhamdulillah...saya dapat potongan hampir 20 peratus darinya.

Apapun tahniah atas penerbitan buku ini. cukup indah dan menarik untuk dikongsi... Sahabat juga wajar memiliki. Saya seorang lelaki juga berminat meneliti dan memahami apatah lagi para isteri dan wanita di luar sana. Banyak pengalaman berumahtangga yang sangat berguna pada kita. Walaupun suasana zaman dulu dan kini berbeza namun menyelusuri kehidupan keluarga dam suasana beragama adalah sama sampai bila bila.

Saya juga percaya, menceritakan buku ini kepada Mak telah membuatkan hubungan kami menantu-mertua lebih erat. Terasa sangat pertalian yang rapat antara kami sekaligus membuang rasa malu-malu kucing saya kepadanya. Anda cubalah sendiri...

Salam perjuangan...sekadar perkongsian.

0 comments:

Post a Comment