:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Tuesday, June 23, 2009

UMNO terus propagandakan Kerajaan Perpaduan

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Keratan akhbar muka depan Utusan Rabu, 24 Jun bukti UMNO masih mahu mengheret Isu ini agar terus berpanjangan. Walaupun Pakatan Rakyat sebulat suara memutuskan menolak idea Kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN dua hari lalu, kemudian ditamatkan dengan kenyataan Mursyidul AM Pas pada hari yang sama, namun Umno/BN nyata tidak senang dengan keputusan tersebut.



Lihatlah reaksi tidak senang ini pada beberapa kenyataan pemimpin mereka ini.

1. Kenyataan Najib, sejurus sahaja Pakatan Rakyat isytihar tolak Kerajaan Perpaduan.

"tidak ada kerajaan perpaduan pun, kerajaan BN masih kukuh dam mampu meneruskan agenda pembaharuan."

Sedangkan sebelum ini Najib beria-ria menyambut cadangan itu dikala dalaman PAS dan hubungan PAS-Pakatan Rakyat dilihat berbeza pendapat sesama sendiri. Najib dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Umno/BN sedia berbincang cadangan tersebut kerana ianya penting setelah mendakwa cadangan Presiden PAS adalah ikhlas.

2. Shafie Apdal pula dalam kenyataannya membawa gelombang menggambarkan PAS tunduk kepada parti komponen Pakatan Rakyat setelah PAS, PKR dan DAP menolak cadangan itu.

"patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha menyatupadukan Melayu?"








3. Seluruh kepimpinan Umno/BN disemua peringkat mula bersuara menghentam sikap PAS dengan pelbagai tohmahan.

Inilah antara gelombang baru bagi meneruskan idea ini bagi terus mencetuskan keraguan rakyat terhadap PAS dan pakatan rakyat.

Umno dilihat bersungguh sungguh menggunakan isu ini demi kepntingan politik mereka.

Benarkah Umno/BN ingin membela nasib orang melayu? Wajarkah apabila Pakatan Rakyat menolak cadangan itu, Umno/BN menuduh PAS sebagai tidak ikhlas membela nasib orang Melayu?


Dua isu ini cukup untuk menggambarkan keikhlasan Umno/BN

1. Membela Nasib Melayu

Kalau Umno/BN benar pembela Melayu, Sudah 52 tahun Umno/BN memerintah, apa yang dah jadi kepada nasib orang Melayu? Adakah tempoh itu belum cukup untuk membela nasib orang Melayu. Ikhlas ke mereka selama ini? Siapa yang kaya, Orang Melayu atau dua tiga kerat Pemimpin Melayu Umno/BN?

Umno kata, sepanjang memerintah, mereka dah banyak ubah nasib orang Melayu... Ya, tidak dinafikan, namun sepatutnya rakyat dapat lebih dari apa yang diperolehi sekarang ini jika kekayaan negara dimanfaatkan secara jujur kepada rakyat. Tapi jujurkah Umno dalam hal ini? Rakyat di dahulukan atau poket pemimpin Umno di dahulukan? Rasuah yang bersarang dalam Umno sudah cukup membuktikan keikhlasan mereka.

Ya..ada dua tiga kerat pemimpin Umno yang jujur berjuang membela nasib rakyat, namun orang sedemikian tidak lama mampu bertahan dalam Umno. Mereka dicantas oleh golongan mereka sendiri.

Perbalahan antara pemimpin Umno secara jelas di negeri negeri seperti Terengganu contohnya, adalah satu lagi persoalan, mereka berbalah untuk berlumba-lumba berkhidmat kepada rakyat atau berbalah disebabkan berebut projek royalti? Di negeri lain juga situasinya sama.

Saya yakin rakyat tahu menilai... sebab itu perubahan besar mula berlaku bermula Pilihanraya Umum ke-12 sehingga beberapa pilihanraya kecil selepas itu. Umno tahu mereka semakin dekat meninggalkan gelaran pembangkang, bukan lagi kerajaan.

2. Rampasan Kuasa di Perak

Sehingga ke hari ini, Umno/BN masih belum mampu membuktikan bahawa kerajaan BN yang memerintah Perak pada waktu ini adalah kerajaan sah yang dipersetujui rakyat. Ya, keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Walau seluruh media penerangan digunakan, namun ianya masih tidak mampu menyakinkan rakyat, malah kepada pemimpin Umno negeri itu sendiri juga. Kerajaan umno dibawah pimpinan Zambry masih memegang gelaran kerajaan haram dihati rakyat Perak juga seluruh rakyat Malaysia.

Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini, namun cukup sekadar bertanya, wajarkah kaedah yang digunakan untuk megambil alih kepimpinan dibuat secara begitu. Atau ada cara lain yang lebih murni. Tidak kah cara itu telah mengharu birukan suasana? Suara rakyat rata-rata mahukan DUN bubar dan pilhanraya negeri diadakan. Maka sekali lagi kita perlu bertanya, benarkah Umno ikhlas membela nasib rakyat.

Banyak lagi perkara perkara lain yang boleh dijadikan contoh bagi menilai keikhlasan Umno ini. Anda sendiri tentu mengetahuinya. Cukup sekadar ini, dan mula bertanyalah " adakah benar Umno/BN selama ini ikhlas membela nasib rakyat?".

0 comments:

Post a Comment