:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Tuesday, June 16, 2009

PERSAMAAN CHIN PENG DENGAN KERAJAAN PERPADUAN

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

1-CHIN PENG

Isu ini menjadi polimik dalam negara pada waktu ini. Secara jelas saya melihat media pro kerajaan dijadikan medium mempropagandakan isu ini dengan mewajahkan seolah olah pembangkang bersetuju bulat-bulat pengasas Parti Komunis Malaya PKM ini dibawa pulang. Padahal sepanjang saya ikuti kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat adalah tidak begitu. Mereka meletakkan syarat sebelum Chin Peng dibawa Pulang. Manakala Umno pula diperlihatkan menentang cadangan tersebut sekaligus mewajahkan pertentangan hebat antara mereka dengan Pakatan Rakyat.

Anda tentu ingat hujah yang dipegang bermula dari kepimpinan tertinggi Umno sehinggalah ahli ahli bawahannya untuk tidak membenarkan Cin Peng pulang. Asas hujahnya adalah satu, kerana Chin Peng pernah berlaku kejam terhadap orang melayu sebelum merdeka dahulu. Membunuh beribu askar melayu termasuk penduduk tanah melayu pada waktu itu. Ada diantara mereka cedera parah namun masih hidup sehingga kini. Track Record Chin Peng yang buruk inilah dijadikan asas kenapa dia diharam pulang ke Malaysia.

Masyarakat di negara ini diseru tidak memaafkan segala kekejaman Chin Peng begitu sahaja. Perjuangan nenek moyang kita menentang kominis perlu dikenang. Memaafkan Chin Peng bererti menguburkan segala jasa dan pengorbanan pejuang menentang Komunis.

Radio Televisyen Malaysia RTM didesak menyiarkan kembali dokumentari zaman penentangan terhadap Komunis bagi memberi gambaran jelas kepada generasi kini betapa kejamnya rejim yang dipimpin Chin Peng itu terhadap orang melayu pada zaman dulu.

Jelas, tujuannya satu, menanam kebencian kepada Komunis khasnya Chin Peng. Tersiratnya pula, ingin mewujudkan sentimen perkauman dan menarik orang melayu bersatu di bawah Umno.

Dapatkah anda lihat, ada persamaan yang ketara antara isu ini dengan isu Kerajaan perpaduan?


2-KERAJAAN PERPADUAN

Jika asas penentangan kepada idea membawa pulang Chin Peng adalah kerana tidak boleh memaafkan kekejaman yang beliau pernah lakukan, bagaimana pula dengan kejahatan Umno pada awal tahun 1970-an semasa PAS menyertai perikatan. Ketika itu Allahyarham Tun Razak Hussein mengajak Presiden PAS Dato' Asri Muda supaya ditubuhkan perikatan Umno-PAS.

KLIK untuk membaca kezaliman Umno

* KEZALIMAN 1
* KEZALIMAN 2

Adakah atas asas yang sama, ahli dan penyokong PAS perlu menerima untuk berbaik dengan Umno? Ingatkah insiden pembunuhan di Memali? Siri penangkapan beramai ramai pimpinan Pakatan Rakyat pada Operasi Lalang? Dihumban dalam penjara, ditahan dibawah ISA? Anda tentu ingat kan! Tidakkah menerima untuk berbaik dengan Umno adalah satu pengkhianatan kepada mereka yang menentang kezaliman selama ini?

Sekali lagi ianya sama. Memafkan Umno bererti menguburkan segala jasa dan perjuangan pejuang kezaliman pada waktu dulu. Ya, jika saya yang sekarang berkerja di tvpas ini mempunyai simpanan arkib video kesemua kezaliman Umno zaman dulu, saya juga akan buat perkara sama seperti RTM. Menayangkan semuanya semula, supaya generasi baru tahu apa yang Umno pernah buat pada PAS khususnya.

Namun sayang, tvpas baru berusia tiga tahun, arkib yang ada hanya bermula pada separuh terakhir zaman pemerintahan Pak Lah. Mungkin 50 tahun lagi, kezaliman Umno bermula separuh tempoh terakhir zaman Pak Lah, mampu kami dedahkan semula nanti.

Umno seharusnya menilai diri mereka, sebelum berkira-kira untuk berbaik dengan PAS. Jika perkiraan mereka, Chin Peng sangat jahat dan tidak perlu dimaafkan sampai mati, begitu juga perkiraan PAS pada Umno. Tidak perlu menolong Umno sampai Umno terkubur. Orang PAS membenci Umno seperti juga Umno membenci Chin Peng, malah lebih lagi dari itu.

Anda tentu faham perkaitan dua isu ini. Asas yang sama, semangat yang sama. Mana mungkin Chin Peng akan dibawa pulang selagi BN Umno menjadi kerajaan, dan seperti itu juga, mana mungkin Umno direstu bergabung dengan PAS selagi majoriti ahli dan penyokongnya malah sebahagian rakyat membenci Umno/BN.

0 comments:

Post a Comment