Sorry lambat masukkan posting kali ni. Ramai yang dah tertanya-tanya...Baru ada kelapangan selepas PRK Manek Urai. Sekarang masih sibuk uruskan penggabungan TVPAS dengan Harakahdaily. Sedikit gambaran apa yang berlaku kenduri aqiqah rumah Ramadhan hari tu...
SRI KEMBANGAN, 11 Julai- Majlis Aqiqah dan Tahniq Nur Fatimah, puteri sulung kepada Pasangan Muhammad Ramadah Fitri Elias dan Khadijah Ismail telah selamat disempurnakan.
Majlis bermula lepas solat asar, lebih kurang jam 5.15 petang di kediaman pasangan tersebut di Puncak Jalil. Dimulakan dengan sedikit tahlil dan doa selamat yang dipimpin Eksekutif Unit Dakwah Pusat Pungutan Zakat PPZ Kuala Lumpur, Ust Husni Abdul Rahman.
Kemudian majlis diteruskan dengan alunan selawat dan marhaban ringkas dipimpin Ust Elias Zakaria.
Selesai selawat, tetamu dijemput menikmati hidangan menu yang telah disediakan. Antaranya gulai kambing, Ayam goreng, darca dan lain-lain. Buah buahan termasuk bubur kacang disediakan sebagai pencuci mulut.
Lebih 40 orang hadir pada majlis berkenaan rata ratanya dari batch Imatch, kakitangan RHB, adik-adik dan abang-abang UM, jiran-jiran dan lain lain.
Sementara tetamu menikmati hidangan, Nur Fatimah ditahniq oleh Ust Husni dan babanya Ust Ramadhan.
Selain ditahniq, Nur Fatima turut menerima kucupan kasih sayang dari baba dan mamanya.
Nur Fatimah dilahirkan pada hari Sabtu, 4 Julai 2009 di hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Penulis bergambar bersama Ust Husni Abdul Rahman dan Ust Elias Zakaria.
Antara sahabat Imatch yang datang:
1. Ust Faiz
2. Ust Fakhrul
3. Ust Khader dan Isteri
4. Ust Azizi Azmi
5. K. Nurul Huda
6. K. Aziah
7. K. Hairin sekeluarga
8. K.Mastura Saleh dan Suami
ada lagi yang lain, saya pulang awal...sesape boleh tolong tambah...?
Read in English
Artikel terkini
Arkib
Hari Ini
Mirip Abi atau Umi?
Hadis Pilihan
Video Nasyid Pilihan
Jom Bual
Galeri SiKidal
Gambar Kawin
Harakahdaily.net
Nik Aziz Nik Mat
Abdul Hadi Awang
Rakan Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment