:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Friday, October 16, 2009

Mahu saja ku isytihar, Harakahdaily blogku

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH



Emmmm...mengeluh panjang melihat blog yang sudah lama tidak diupdate.

Mengeluh pada diri sendiri yang langsung tidak berkesempatan duduk dimeja mengadap pc untuk menulis pada laman sosial saya ini.

Kadang-kadang jeles dengan kawan2 yang berkesempatan menulis posting2 terbaru mereka.

Saya tidak pernah kekeringan idea, malah tidak pernah juga kepala ini kosong dari sebarang isu.

Maklumlah seorang wartawan, xpernah duk diam mencari spekulasi isu2 terbaru.

Cuma sejak beralih dari tvpas ke harakahdaily dua bulan lalu, bebanan tugasan makin bertambah.

Harakahdaily adalah dipertanggungjawab sepenuhnya pada saya dan dua lagi rakan lain.
Kami bertanggungjawab memastikan story diupdate setiap hari mengikut standard dikehendaki.

Emmm...penat? memang penat... tapi suka bila melihat story kita di link kan ke blog org lain.

tapi itulah tugasan terbaru saya.... mengedit story wartawan dari seluruh negeri, membuat story sendiri, mengupload story, memberi tugasan harian kepada wartawan, dan memastikan semua bahagian dalam laman Harakahdaily diupdate setiap hari.

Tumpuan kepada blog si kidal kini semakin jarang, malah kadang2 tak buka langsung. Apatah lagi bila out station ke mana2 negeri yang berlaku pilihanraya.

Em....mahu saja saya isytiharkan, Harakahdaily adalah blog terbaru saya.

Tapi perlukah begitu... memikirkan kekangan masa...itulah yang terfikir sekarang dalam benak saya.

1 comments:

Anonymous said...

Xbestla gitu Nazri. Citer dlm Si Kidal ni leh citer psl gathering batch, open house member2, citer psl baby br ke. Xsama fokusla..

Post a Comment