:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Sunday, October 18, 2009

Pitam melihat isteri contraction

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

Banyak sungguh pengalaman baru sejak bergelar bapa bermula 5 Sept lalu. Melihat blog rakan2, jarang sekali bapa yang berkongsi cerita keluarga, yang banyaknya mesti ibu.



Ibu sudah tentu lebih banyak pengalaman bersama anak. Namun yang pasti, tak semua ibu pandai berkongsi cerita apatah lagi mahu menulis dalam blog.

Begitu juga isteri saya, tak minat sgt berkongsi cerita, tapi terbalik dari saya...cuma saya banyak masa guna untuk keja lain sampai langsung tak sempat update blog.

Cuma satu lagi kesukaran pada saya, untuk saya tune kepala ni dari hardcore politik kepada jiwang2 ni...huh bukan benda mudah...apapun saya cuba juga biarpun tak sehebat rakan2 lain.

Emmm... banyak cerita nak di kongsi, khususnya kepada sahabat2 yang belum berumahtangga ataupun yang bakal menimang cahaya mata.

Oleh kerana sudah lama tak menulis, banyak benda nak dikongsi sebelum ni. Tapi saya perlu mengambil pendekatan menulis dalam bentuk plot. Mungkin posting kali ni saya cerita sebahagian sahaja yang sebelum ini tak sempat nak cerita.

Ia berkaitan pengalaman berharga sebelum, sewaktu dan selepas datangnya orang baru Muhammad Hasif 'Ulwan dalam hidup kami.

Jangan gelak terlalu awal membaca tajuk di atas... tapi realiti itu berlaku pada saya. Isteri mengadu sakit kat mak jam 3 petang pada 4 Sept bersamaan hari ke-14 puasa Ramadhan.

Waktu itu saya masih di Pejabat di Kuala Lumpur manakala isteri sudah saya hantar ke kampung di Batu Gajah seminggu lebih awal atas faktor keselamatan.

Setiap kali terasa sakit, isteri tidak pernah lupa sms memaklumkan kepada saya. kalau tak silap waktu itu sela masa antara setiap kali sakit lebih kurang setengah jam sekali.

Alhamdulillah, di kg. ada mak dan kakak ipar (K.Na) yang tinggal tak jauh dari rumah. Kak ipar saya ni seorang doktor pakar kanak2 lantas membuatkan saya tak gusar sangat.

Jam 4 petang K.Na bagtau saya isteri dah kat hospital Ipoh, dia bawa untuk checkup. Bila dicek, doktor nasihatkan isteri saya bermalam di wad sebab sela masa kesakitan semakin pendek. Lebih kurang jam 7 baru isteri dibawa masuk wad.

Di KL pula saya terpaksa menghadiri satu meeting dengan board Harakah jam 4.30 petang. Meeting dengan keadaan hati dan fikiran saya sudah di kg. Memang tak dapat fokus langsung.

Habis meeting jam 5.30 lebih kurang, saya terus ke pudu beli tiket ke Batu Gajah sebab kereta memang dah saya tinggal kat kg. siap2 waktu hantar isteri dulu.

Alhamdulillah tiketnya ada, tapi jam 7.30. Waktu yang sangat kritikal maklumlah nak berbuka lagi. Em saya tiada pilihan selain berbuka dalam bas.



Hati hanya duk tringat isteri je. Dia pula duk followup "bila abg nak sampai?". EM itulah harapan seorang isteri yang mahu suami ada di sisi menemani.

Sepanjang perjalanan, saya dan isteri berbalas sms. Aku cuba tenangkan dia, waktu tu dalam 15 minit sekali dia terasa sakit.

Em rasanya semua doa, selawat, zikir yang terlintas saya baca. Perjalanan yang sangat mencabar sepanjang hidup saya yang pernah saya lalui.

Memang tak berhenti saya doa sampailah saya tiba di Stesen Batu Gajah dalam jam 11 malam.

Kt umah saya waktu itu hanya ada abah. Mak berada di hospital sejak petang tadi. Jarak rumah saya dengan hospital ipoh lebih kurang setengah jam perjalanan.

Isteri memang tak putus2 sms minta saya segera datang. Mak pula suruh saya rehat dulu, lepas sahur baru datang.

Akhir sekali sya tanya K.Na sebab dia lebih tahu keadaan sebenar. Selepas berbual dengan dia, dia nasihatkan saya datang esok. Apa2 kemungkinan dia dan mak akan uruskan sementara waktu.

Dipendekkan cerita, saya tak tidur langsung sampai la ke waktu sahur lebih kurang jam4.30... sahur pun makan cukup syarat je. 2 biji kurma dan segelas air. Tak sempat mandi saya terus pecut kereta ke hospital Ipoh.

Sampai di hospital, saya terus ke wad bersalin... jumpa guard nak masuk. Rupa2nya isteri saya dah dibawa masuk ke bilik bersalin, org yg jaga kat bahagian counter bagitau bukaan sudah 5cm.

Saya tidak dibenar masuk sebab doktor sedang memeriksa isteri saya. saya hanya tunggu di luar dewan bersalin. Sementara dah masuh waktu subuh, saya terus pi surau untuk solat. Mungkin kerana penat sangat, saya tertido kat surau.

Mak dan K.Na pun ada. Lebih kurang jam 6.15 K.Na dengan lesen dia sebagai Doktor Pakar, bawa saya masuk tengok isteri saya. Ikutkan memang saya tak boleh masuk langsung.

Masuk diiringi K.Na, semua nurse kat situ hormat je kat dia. Maklumlah bos besar diorang datang. Semua bagi layanan baik je...Saya apa lagi, bangga la jadi adik ipar bos besar diorang he he...

Sampai dekat isteri, saya tengok ada dua jururawat sedang tenangkan dia. Saya dapat lihat betapa sakitnya dia. Ubat disalurkan melalui tabung oksigen. Isteri saya akan sedut ubat itu bila sakit datang.Saya hanya mampu berselawat dan berdoa di telinga isteri. Kadang kadang beri dia semangat.

Sewaktu sakitnya datang, dia genggam tangan saya kuat sangat. Saya nampak urat di dahi dan tangan dia jelas kelihatan. Saya tahu dia memang sakit. Nafasnya ditarik dalam2.



Jururawat disitu membenarkan saya memberikan ubat tersebut. Bila sakit datang, dia terus memegang tangan saya dan meletakkan salur ubat di hidungnya untuk disedut.

Beberapa kali saya letakkan ubat di hidungnya untuk disedut...tiba2 saya rasa keadaan makin gelap. Badan saya rasa makin lemah. Saya cuba tahan mata dari tertutup, saya berjaya tahan, tapi kegelapan tetap datang. Gelap bukan sebab mata tutup, tapi sebab darah dah naik ke kepala.

Saya hampir jatuh, tapi sempat ditahan seorang jururawat. Rupa-rupanya saya pitam.
Sedar-sedar saya ada atas kerusi roda luar pintu bilik isteri saya bersalin.

Seorang jururawat sempat berkata pada saya, " Jadi satu hal pulak kami nak kena jaga awak ni tau," keluhnya.

Malu saya dia kata macam tu...tapi apa boleh buat, bukan saya minta untuk jadi macam tu.

K.Na cakap, muka saya terlalu pucat, maybe xcukup tidur. Dia suruh saya rehat.
Sempat juga dia perli saya.

"Em tu baru tengok org tengah sakit, tengok waktu baby nak kluar nanti tak tahu lah..." perli K.Na pada saya.

Bila saya rasa dah ok, saya masuk semula kat isteri saya. Bukaan pada waktu itu sudah 7cm. Kali kedua ternyata saya ok dan tak pitam lagi. Bagaimanapun K.Na suruh saya keluar dulu untuk berehat.

Lama juga saya berehat, sampaila isteri saya sms bagitau dia dan 'fully open'. Saya terus dapatkan isteri saya semula. Keadaan makin mencabar. Ada seorang Doktor lelaki dan dua jururawat wanita sedang uruskan isteri saya bersalin.

Saya diminta oleh doktor tersebut berada di sisi isteri untuk beri semangat kepadanya.

Risau juga kot2 kali ni pitam lagi...tapi alhamdulillah semuanya selamat.

Isteri saya sudah tak mampu tahan sakit, saya bersetuju untuk dia diberi suntikan bius 'epidural'. Kalau tak silap dalam 5 kali teran, Muhammad hasif 'Ulwan selamat menjengah dunia.

Selepas dibersihkan, saya azan dan iqamatkan Hasif seperti yang disunatkan.

Alhamdulillah semuanya telah selamat. Dan hari ini sudah 44 hari saya bergelar bapa.

Banyak lagi mahu saya kongsi..tunggu pada posting akan datang.

0 comments:

Post a Comment