:: Si Kidal ::

Bahagia pada hati yang tenang...

Thursday, October 22, 2009

Dirimu bagai anak kami sendiri

Posted by MOHD NAZRI ABDULLAH

"Jaga Hasif elok-elok". Itu antara pesan Ustaz Ramadhan Fitri,baba kepada Allahyarhamah Nur Fatimah pada saya sewaktu melawat mereka sekeluarga di Hospital Putrajaya baru-baru ini.

Masih segar dalam ingatan saya, saat Nur Fatimah ditahniq.

Selama blog saya tidak diupdate, posting kenduri tahniq Nur Fatimah lah yang terpampang pada blog saya lebih dari dua bulan lamanya.

[Lihat Posting kenduri Tahniq]

Sehingga saya dapat perhatikan, gambar2 Nur Fatimah dalam blog saya itu meluas dalam FaceBook sewaktu dia dirawat di ICU.

Terasa sangat baru dan dekat. Hanya dua posting yang menjarakkan antara kenduri tahniq Nurfatimah dan posting pemergiannya.

Saya yakin, sejarak itu juga lah hati kita semua dengan keluarga Ust Ramadhan.

Pemergian Nur Fatimah dirasa seperti kehilangan anak sendiri. Sempat saya perhatikan beberpa komen dalam FB yang menyatakan “setelah membaca berita pemergian Nur Fatimah, lantas saya terbayang wajah anak saya”.

Dan tidak kurang juga yang memeluk anak masing2 selepas mendegar berita Nur Fatimah sejak hari pertama di masukkan ke hospital.





Ramai antara kawan-kawan Ramadhan yang mempunyai kelahiran sebaya Nur Fatimah. termasuk saya sendiri. Jarak perkahwinan dia dan saya hanya selang seminggu.

Saya pasti sesiapa mempunyai anak sulung sebaya Nur Fatimah, mereka mungkin lebih megetahui perasaan dan situasi pasangan Ramadhan dan Khadijah.

Nur Fatimah diputerikan dua bulan lebih awal berbanding anak saya Hasif. Namun dua bulan bukan tempoh lama, boleh dikatakan sebaya.

Namun kedua dua mereka tidak sempat mengenali antara satu sama lain. Kalau tidak silap, saya bawa hasif ke hospital putrajaya pada hari ke 41 kelahirannya. Isteri masih berpantang dan pada waktu itu Nur Fatimah sudah 7 hari dalam ICU.

Namun sudah ditakdirkan, Nur Fatimah pergi dulu meninggalkan kita.

Biarpun sukar menerima hakikat pemergian Nur Fatimah seusia ini, tetapi melihat ketabahan dan ketinggian jiwa Ramadhan dan Khadijah, ianya membuatkan kita akur akan hakikat itu.

Benar janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Salam takzaih dari kami sekeluarga.




Kepada Ramadhan dan Khadijah, Nur Fatimah sedang menanti kalian di pintu syurga.

Ternyata Allah lebih sayang padanya. Dia adalah ahli syurga yang dipinjamkan kepada kalian biarpun tidak sampai empat bulan.



P/S: Maaf buat Ustaz Ramadhan, Khadijah dan seluruh keluarga beliau diatas gambar yang saya rakam tanpa pengetahuan mereka semalam.

Mohon kebenaran untuk dikongsi kepada rakan2.

0 comments:

Post a Comment